Sorry guys, I am really really busy lately. I have a debate competition coming up soon and I was too busy doing my research and stuff.
I actually uploaded like tonnes of pictures for the blog post which was supposed to be posted last month. But I had no time to compose an essay on it so… I’ll just keep it as a draft until I find the time to complete it.
For this entry, I’ll be posting up the speech which I did last Friday. It was for my Malay oral speaking presentation by the way.
Salam sejahtera saya ucapkan kepada yang dikasihi guru Bahasa Melayu kita, Puan. Nor Azilah dan rakan-rakan sekalian. Berdirinya saya atas pentas ini adalah untuk menyampaikan lisan saya yang bertajuk “Perpaduan penting dalam pembinaan negara dan juga cita-cita saya sebagai Perdana Menteri Malaysia“
Para hadirin yang dihormati,
Perpaduan negara merujuk kepada satu bentuk penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial, agama, budaya dan bahasa yang berbeza di bawah satu identiti nasional. Perpaduan dalam erti kata berupaya menangkis semua gejala yang mampu memecahbelahkan masyarakat.
Para hadirin yang dimuliakan,
Memang tidak dapat dinafikan bahawa cogan kata “Malaysia Boleh” mempunyai signifikannya yang tersendiri dalam menaikkan semangat rakyat Malaysia. Dengan semangat ini, kita dapat membina satu rakyat yang berdaya saing dan meletakkan nama Malaysia gah di persada dunia. Untuk memastikan semangat ini terus membara, pemimpin-pemimpin negara haruslah berkhidmat dengan penuh kesetiaan dan rasa tanggungjawab demi pembangunan dan keamanan negara.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Selain itu, Bahasa Malaysia juga memainkan peranan penting bagi memastikan keutuhan dan perpaduan Malaysia dapat dikekalkan. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti yang tertakluk dalam Perlembagaan Malaysia dapat menghindarkan rasa prasangka antara kaum kerana Bahasa Melayu mudah difahami dan ditutur oleh semua pihak. Rasa kekitaan dan integrasi nasional itu penting agar detik hitam lipatan sejarah negara seperti Peristiwa 13 Mei 1969 tidak berulang lagi.
Para hadirin sekalian,
Langkah yang terakhir yang saya akan bentangkan hari ini ialah peranan ibu bapa dalam masyarakat. Kaum ibu bapa dinasihatkan agar membawa anak-anak mereka ke muzium-muzium agar dapat mempelajari tentang sejarah negara. Mereka harus didedahkan kepada susah payah dan pahit gentir yang dilalui oleh nenek moyang kita dahulu kerana golongan muda inilah merupakan bakal pemimpin negara kita dalam mempertahankan kedaulatan negara dan bangsa.
Rakan-rakan sekalian,
Saya percaya bahawa anda semua sudah tentu tahu bahawa cita-cita saya adalah untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Ok. Anda semua mesti ingin tahu apa yang saya akan lakukan untuk Malaysia sekiranya saya dapat menjadi Perdana Menteri negara ini.
Yang pertama sekali, saya akan mengubah struktur politik dalam negara dengan menubuhkan sebuah parti yang mengunakan konsep kerjasama kaum seumpama dengan Parti Kemerdekaan Malaya yang ditubuhkan oleh Dato’ Onn Jaafar pada tahun 1951. Saya juga akan mengunakan fahaman Satu Malaysia yang dikemukakan oleh Perdana Menteri kita, Dato’ Sri Najib Razak. Saya percaya bahawa fahaman Satu Malaysia ini dapat mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Seterusnya, saya juga akan mengurangkan usia mengundi dalam pilihanraya di negara ini dari 21 tahun kepada 17 tahun. Saya rasa para remaja dan belia harus diberikan pengiktirafan dalam pembentukan masyarakat negara. Tujuan saya untuk mengurangkan usia mengundi adalah untuk memberikan hak kepada para remaja. Hak yang saya katakan itu ialah hak untuk bersuara- hak untuk mengeluarkan pendapat – hak untuk membuat pilihan!
Para hadirin sekalian,
Siapa kata bahawa pemikiran remaja seperti kita tidak matang? Siapa kata bahawa remaja seperti kita semua tidak tahu apa-apa tentang politik dalam negara? Siapa kata bahawa remaja sahaja yang bertindak mengikut emosi dan membuat pilihan mengikut janji-janji manis sesebuah pihak? Adalah tidak rasional dan munasabah sekali untuk memandang rendah terhadap kebolehan dan kemampuan remaja. Maka, saya berpendapat bahawa mengurangkan usia mengundi kepada 17 tahun adalah AMAT sesuai sekali!
Kerana masa tidak mengizinkan, saya terpaksa mengakhiri ucapan saya pada hari ini. Sebagai kesimpulan, kita mesti bersatu padu untuk membina satu masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Sekian, terima kasih.
(Don’t worry. I’ll be translating this speech to English once I have the time)
From the start, I knew what I was gonna speak about and I chose to speak on racial unity simply because it was a topic I feel strongly passionate about. Racial unity, fairness and equality are the things I am fighting for and will continue to fight until the day I see it come true. And moreover, I wanted to be no one else but me. That speech allowed me to be ME!
I admit, I could have done a little bit better. But most of my classmates gave me two thumbs up nonetheless (THANK YOU!). I shall ask more of my friends on their reviews on my speech after the weekends. I really hope my teacher liked it though.
I think I did okay considering that I had two speeches to memorize the day before — my oral speaking presentation speech and my debate speech.
Who knew I could pull off a motivating speech in Malay. I should start recording my speeches!

My classmates and I. Spot me!

I felt compelled to post at least one picture on this blog post since I am sure most of you are not interested in words.
P.S. Comment on the speech please!!!
April 18, 2011 at 12:59 pm
hey man, your speeches are wonderful,,, amazing and mind blowing…i read them all, and they are all nice and meaningful to me. keep it up!